30 Jun 2010

perasaan bukan perasan

ok
hari ni aku nak cakap perasaan.
tapi bukan yang jiwang2 tuh ok.
perasaan marah kepada seseorang yang terpaksa dipendamkan.
mesti ada salah seorang dari kita yang terpaksa memendamkan perasaan marah tu sebab tak nak kecik kan hati orang tersebut.
mungkin orang tu mak bapak or siblings.
maybe bestfriend or boyfriend/girlfriend sendiri.
nak marah tapi...
takut terasa
last2 kena pendam gak dalam hati.
entah bila boleh tahan kesabaran pun tak tahu la..
so secara konklusinya :
sabar itu separuh daripada iman

p/s : sekali lagi lari dari tajuk..

29 Jun 2010

muzik dan lirik

ya kita bertemu kembali miss blog..

muzik dan lirik itu saling melengkapi antara satu sama lain(tiba2 trus msuk tjuk, tak bagi salam pun) (-_-")

salam satu Malaysia

ya, muzik dan lirik itu saling melengkapi antara satu sama lain.
apalah makna muzik itu tanpa lirik.
tapi ada muzik yang boleh hidup tanpa lirik.
contoh nya




jadi..muzik itu boleh hidup tanpa lirik kan?

p/s:sorry aku melalut..
video taken from here

28 Jun 2010

who's back?

wah!
sudah 2 bulan x update blog.
tahniah...(claps)

sorry lah ya..aku lebih suka baca bolg orang lain daripada buat blog sendiri.
so nak tahu blog2 yang aku suka baca?
jom cekitout(check-it-out)!

blog2 tempatan :
1. www.inibelogsaya.blogspot.com
apa yang menarik pasal blog nie?
well honestly aku dengan tuan milik blog tu sama umur dengan aku.so kira boleh 1 kepala la..kadang2 aku rasa yang aku pernah lalui masalah apa yang dia lalui tu.although i'm not a model tapi cik hanis zalikha nie tak lokek share tips about beauty.tabik spring sama hanis zalikha!

2. jebonisme.blogspot.com
apa yang menarik pasal blog nie?
kelakar.sangat sengal dan kelakar la senang cerita..huh!aku habiskan masa 2-3 hari kot khatam blog nie.paling tak boleh bla yang dia cerita pasal near-death experience dia..bole plak nak lawan sape bole sumbat biji saga dalam lubang idung paling banyak.agak stupid di situ.haha

3. apekesni.blogspot.com
apa yang menarik pasal blog nie?
sumpah nie pun lawak gak.hmm..apa yang obvious ialah tuan punya blog nie minat kat hanis zalikha.well normal la tu..lelaki mana la yang tak minat dengan gadis manis tinggi lampai tu. ;p

international blog :
1. howaboutorange.blogspot.com
apa yang menarik pasal blog nie?
blog yang sangat best.banyak bende yang aku boleh dapat dengan blog nie..contoh nya fancy fonts untuk miss lappy or even screen saver and cool desktop wallpaper.dia bagi links then kita follow and check it out.kalau ada hobi baru nak try pun bole masuk kat blog nie.macam jahit2 or bake cupcakes or even origami!

dah.aku da penat buat list and cooments.tata

30 April 2010

aku adalah aku bukan kau

aku memang aku

tapi aku bukan kau

aku mahu menjadi aku

bukan seperti kau

biarkan aku mencari aku

tanpa adanya kau

aku tetap aku

kau tetap kau

aku dan kau....kita tak sama...

29 April 2010

lady boss

ok..sekarang aku bukan nak cakap pasal cerita lady boss yang Ning berlakon dulu tapi nak story mory pasal pengalaman berkerja dengan seorang boss yang berjantinakan perempuan.

aku malas nak cerita panjang sebab aku penat baru balik kerja..so..macam nie la secara conclusion nya dari segi pemikiran akal fikiran dan pengalaman yang baru beberapa hari bekerja dengan lady boss...erm..kalau dalam cerita lady boss, boss tuh garang and tegas.sama la dengan boss aku..tapi dia baik la jugak..caring kot..hahaha..kot la..aku rasa kalau boss yang tak tegas mesti pekerja buli or pijak kepala and buat hal..standard la..ape lagi ekk??...stakat nie aku tak berapa rapat sangat dengan boss sebab aku jenis lambat mesra dengan orang baru...and aku jenis yang tunggu orang tegur aku dulu..haha..nama pun pemalu!.. :D..ok..tak percaya tak pe..

so lastly..ada soalan yang berlegar2 dalam otak aku and menunggu masa untuk menyalakan mentol macam orang dapat idea baru dan ada mentol menyala kat atas kepala macam kt dalam kartun..huff..(nampak sangat selalu tengok kartun..hehe..)..ok stop....continue...soalan nya adalah...perlukah seorang pekerja itu menjadi seorang pengampu boss untuk mendapatkan gaji lebih???

p/s : aku tak suka orang komen aku buat kerja main-main padahal aku kerja bagai nak mati!!.